POTENSI WAKAF TERHADAP PERTANIAN DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Aplikasi Kaedah Islam

  • Faridah Haji Puteh Faculty of Islamic Development Management, Sultan Sharif Ali Islamic University

Abstract

ABSTRAK


Wakaf merupakan salah satu sumber yang sangat penting dalam pembangunan sosio-ekonomi sejak awal pemerintahan Islam lagi dan perlu dikembangkan dengan cara yang terbaik untuk kemaslahatan umat Islam sejagat. Peranan wakaf secara menyeluruh bukan hanya setakat kepada aspek keugamaan, malahan perlu menitikberatkan juga kepada pembangunan sosio-ekonomi terutamanya aspek pertanian. Sebagaimana wakaf dalam aspek pertanian telah wujud sejak dahulu lagi berdasarkan wakaf pertama yang dilakukan oleh sahabat Rasulullah SAW iaitu Umar bin al-Khattab telah mewakafkan tanah kebun kurma yang terletak di Khaibar. Sejak dari itu, perkembangan wakaf dalam bidang pertanian telah banyak diusahakan dari pelbagai negeri seperti Mesir, Turki, Singapura, Malaysia, Indonesia dan banyak lagi. Seiring dengan perkembangan arus globalisasi sekarang, aktiviti pertanian di Negara Brunei Darussalam menampakkan kegigihan untuk terus mengembangmajukan ekonomi negara berdasarkan matlamat Wawasan 2035 sebagai hasrat kemakmuran yang ingin dicapai pada masa hadapan. Dengan itu, kertas kerja ini adalah satu usaha bertujuan untuk membuka mata masyarakat dengan mengemukakan cadangan berkaitan pengendalian pertanian berasaskan kaedah Islam melalui potensi wakaf. Kaedah pengumpulan data adalah berdasarkan kaedah perpustakaan melalui penelitian kepada artikel dan penyelidikan terdahulu. Harapan kajian adalah untuk membuka mata masyarakat tentang potensi wakaf dalam memajukan ekonomi khususnya pada aspek pertanian untuk membantu membangun negara dan membina kesejahteraan hidup masyarakat.

Downloads

Download data is not yet available.
Published
Dec 30, 2019
How to Cite
HAJI PUTEH, Faridah. POTENSI WAKAF TERHADAP PERTANIAN DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM. JURNAL EKONOMI SAKTI (JES), [S.l.], v. 8, n. 2, p. 94 - 106, dec. 2019. ISSN 2685-1849. Available at: <https://jes.stie-sak.ac.id/index.php/103044/article/view/197>. Date accessed: 28 mar. 2024. doi: http://dx.doi.org/10.36272/jes.v8i2.197.
Section
Articles