POTENSI WAKAF TERHADAP PERTANIAN DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Aplikasi Kaedah Islam
DOI:
https://doi.org/10.36272/jes.v8i2.197Keywords:
Kata Kunci: Potensi, Wakaf, Pertanian, Kaedah IslamAbstract
ABSTRAK
Wakaf merupakan salah satu sumber yang sangat penting dalam pembangunan sosio-ekonomi sejak awal pemerintahan Islam lagi dan perlu dikembangkan dengan cara yang terbaik untuk kemaslahatan umat Islam sejagat. Peranan wakaf secara menyeluruh bukan hanya setakat kepada aspek keugamaan, malahan perlu menitikberatkan juga kepada pembangunan sosio-ekonomi terutamanya aspek pertanian. Sebagaimana wakaf dalam aspek pertanian telah wujud sejak dahulu lagi berdasarkan wakaf pertama yang dilakukan oleh sahabat Rasulullah SAW iaitu Umar bin al-Khattab telah mewakafkan tanah kebun kurma yang terletak di Khaibar. Sejak dari itu, perkembangan wakaf dalam bidang pertanian telah banyak diusahakan dari pelbagai negeri seperti Mesir, Turki, Singapura, Malaysia, Indonesia dan banyak lagi. Seiring dengan perkembangan arus globalisasi sekarang, aktiviti pertanian di Negara Brunei Darussalam menampakkan kegigihan untuk terus mengembangmajukan ekonomi negara berdasarkan matlamat Wawasan 2035 sebagai hasrat kemakmuran yang ingin dicapai pada masa hadapan. Dengan itu, kertas kerja ini adalah satu usaha bertujuan untuk membuka mata masyarakat dengan mengemukakan cadangan berkaitan pengendalian pertanian berasaskan kaedah Islam melalui potensi wakaf. Kaedah pengumpulan data adalah berdasarkan kaedah perpustakaan melalui penelitian kepada artikel dan penyelidikan terdahulu. Harapan kajian adalah untuk membuka mata masyarakat tentang potensi wakaf dalam memajukan ekonomi khususnya pada aspek pertanian untuk membantu membangun negara dan membina kesejahteraan hidup masyarakat.
Downloads
References
Al-Bukhari, Abu 'Abd Allah Muhammad bin Isma'il. 2002. Sahih al-Bukhari. Cetakan ke-2. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyah.
Akhbar Utusan Malaysia: Majukan Wakaf Pertanian dan Penternakan. Bertarikh 03 Oktober 2016. Dimuat turun dari laman sesawang: www.utusan.com.my/rencana/utama/majukan-wakaf-pertanian-penternakan-1.390003 pada 19 Julai 2019.
Amaludin Ab. Rahman, Zaid Ahmad dan Siti Zaleha. 2017. Pembangunan Tanah Wakaf: Potensi dan Sumbangan Dalam Sektor Pertanian Negara. Jurnal Kemanusiaan, Bahasa, Budaya dan Perniagaan. 1(2): 117-127.
Asmak Ab. Rahman. 2009. Peranan Wakaf Dalam Pembangunan Ekonomi Umat Islam dan Aplikasinya di Malaysia. Jurnal Syariah 17(1): 113-152.
Liantifa, M., & Siswadhi, F. (2019). Shopping Lifestyle As a Mediation Variable in the Effect of Hedonic Shopping Value on Buying Impulse in Online Shop. Jurnal Apresiasi Ekonomi, 7(2), 183-191.
Azizan Abdul Rahman, Hydzulkifli Hashim Omar & Sollehudin Shuib. 2016. Kaedah Pengurusan Harta Wakaf Oleh Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK): Pelaksanaan Pajakan Untuk 99 Tahun. Jurnal IJMS. 23(1): 73-89.
Darwanto. 2012. Wakaf Sebagai Alternatif Pendanaan Penguatan Ekonomi Masyarakat Indonesia. Jurnal Ilmu Manajemen dan Akauntansi Terapan. 3(1): 1-14.
Melisa, O., & Siswadhi, F. (2019). PENGARUH PENGEMBANGAN KARIR, MOTIVASI KERJA DAN KOMPETENSI TERHADAP KINERJA PEGAWAI KANTOR CAMAT KECAMATAN SIULAK MUKAI KABUPATEN KERINCI. KOLEKTIVITA, 2(1), 34-57.
Dr. Abdul Nasir. 2014. Membangun Ekonomi Pertanian Dari Perspektif Islam. Cetakan pertama. Negara Brunei Darussalam: UNISSA Press.
Dr. Abdul Nasir. 2012. Wacana Pemangkin Ekonomi Ummah. Cetakan pertama. Negara Brunei Darussalam: UNISSA Press.
Dr. Hjh. Mas Nooraini Hj Mohiddin. 2017. Institusi Wakaf vs Tabung Dana Pembinaan Masjid di Brunei Darussalam. Dalam: Prosiding Persidangan Antarabangsa kali ke-4 mengenai Masjid, Zakat dan Pengurusan Wakaf. Bangi Selangor, Malaysia, Mac 2017.
Dr. Kamaru Salam, Dr. Abd Nasir dan Dr. Fadzliwati. 2015. Inovasi Wakaf; Pandangan Ulama dan Peluang Pelaksanaan Di Negara Brunei Darussalam. Dalam: Seminar Muktamar Wakaf IQLIMI 2 2015. USIM, Malaysia, 26-27 Ogos 2015.
Dr. Hjh. Rose Abdullah. 2014. The Model of Cash Waqf Based Islamic Models in Islamic Microfinance. Dalam: Thematic Workshop on Business Models in Islamic Microfinance. International Islamic University of Islamabad Pakistan, 6-7 Mei 2014.
Jefri Putri Nugraha. 2016. Sistem Muzara’ah Sebagai Alternatif Pembiayaan Pertanian di Indonesia. Jurnal Ekonomi Syariah. 1(2): 81-103.
M. Nashiruddin al-Albani. 2005. Ringkasan Shahih Muslim. Jakarta: Gema Insani Press.
Mohd. Hafiz, Wan Azmi, Mohd. Muzakkir & Norhasimah. 2014. Implementasi Kontrak Musaqah Untuk Pembangunan Tanah Wakaf Terbiar Dalam Menjana Ekonomi Sektor Pertanian Di Malaysia. Dalam: Seminar Waqf Iqlimi. USIM, Malaysia, 29 April 2014.
Mohd Usoff Zakaria. 2015. Pembiayaan Kenderaan Berkonsepkan Al-Ijarah Thumma Al-Bay’ (AITAB) Di Bank Muamalat Malaysia Berhad dan Isu-Isu Berkaitan. Jurnal Syariah. 23(3): 435-476.
Muhammad Buchari Sibuea. 2009. Wakaf Dalam Perspektif Pembangunan Pertanian Berkelanjutan. Dalam: Seminar Antarabangsa ISDEV kali ke-2. US, Malaysia, 8 Mei 2009.
Nur Haziyah binti Haji Abdul Halim. 2017. Potential of Waqf in Enhancing Brunei Darussalam’s Economy. K.Tes Sarjana Muda Ekonomi dan Kewangan Islam. Negara Brunei Darussalam: Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali.
Republika: Wakaf Produktif Pertanian Sejahterakan Petani Subang. Bertarikh 26 Oktober 2017. Dimuat turun dari laman sesawang: www.republika.co.id/berita/dunia-islam/wakaf /17/10/26/oyfmmj396-wakaf-produktif-pertanian-sejahterakan-petani-subang pada 20 Julai 2019.
Sinar Harian: Tanam Musing King Atas Tanah Wakaf. Bertarikh 26 Ogos 2019. Dimuat turun dari laman sesawang: www.sinarharian.com.my/article/44754/BERITA/Nasional/
Tanam-Musang-King-atas-tanah-wakaf pada 27 September 2019.
Siti Mashitoh Mahamood, Asmak Ab Rahman, Azizi Che Seman, Suhaili Sarif & Nor Aini Ali. (2009). Konsep Dan Aplikasi Produk Wakaf Kontemporari Di Malaysia: Saham Wakaf Dan Wakaf Saham. Kertas Kerja Seminar Ekonomi Islam Peringkat Kebangsaan 2009 di Balai Ilmu, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya pada 10-11 Februari 2009.
Wahbah Al-Zuhaili. 2011. Fiqh Islam Wa Adilatuhu. Jakarta: Gema Insani.







1.png)



